Thursday, October 21, 2010

PERINGATAN BUAT SANG SUAMI...

Wahai lelaki yang bergelar suami,Ingat lah oleh mu beberapa perkara...

1)Jika isterimu menangis,pujuklah dia dengan kata-kata yang indah.

2)Jika dia ketawa,kamu turut serta ketawa bersamanya.Bukan senang jika ingin melihat isteri anda begitu gembira.
3)Jika isteri anda membuat kesalahan,tegur lah dia secara berhikmah.Kadang-kala wanita tidak perasan kata-kata atau perbuatannya mengikut emosi.

4)Jika isteri anda berduka,jadilah sahabat paling akrab.Jika anda tidak tidak dapat membantu,cukuplah dengan mendengar keluhannya.


5) Setiap kali isteri anda masak,sesudah makan ucapkan lah terima kasih,akan hilang segala kepenatannya tadi.


6)Jika isteri anda seorang yang degil dan keras hati,sebelum tidur cium dahi dan dakaplah dia. Sesungguhnya pada waktu itu hati isteri akan tersentuh dan pada keesokkan pagi nya dia akan memberi senyuman yang begitu bermakna.


7)Jika anda terkhilaf dan membuat salah pada isteri anda,jagn melambatkan ucapan maaf. Jika isteri ketika ini sangat-sangat marah,cukup anda katakan maaf dan bila hatinya sudah sejuk,baru anda memujuknya.


8)Hari yang paling dinanti oleh isteri adalah hari hujung minggu atau cuti.Ketika ini lakukan aktiviti bersama.


9)Isteri anda sudah penat seharian berkerja,jika dia surirumah bebanan lagi berat utk menguruskan rumahtangga..tak salah jika anda menghulurkan bantuan buat meringankan sikit tugas hariannya.

10)Ambil peluang yang ada untuk solat bersama,walau hanya sempat melakukan sekali sehari. Lakukan tiap-tiap hari dan pasti isteri anda akan lembut hatinya.Dia akan menjadi isteri soleha dan ibu mithali berkat doa dan amalan suaminya.


Sesungguhnya isteri itu adalah amanah dari Allah,jaga dan peliharalah dia sebaik mungkin. Selalu berdoa,sabar dan bertawakal dalam menjalani bahtera rumahtangga.Kadang-kala kita tidak dapat lari melakukan kesilapan,namun jangan lah sampai ia boleh membawa kepada penceraian... Semoga rumahtangga anda dan saya dirahmati dan berkekalan....insyaAllah.Jika ada lagi tip2 yang baik saya akan kongsikan lagi nya..semoga jumpa lagi..Daaaaaaa



My Wedding...

Tanggal 12/Jun/2010  saya  selamat di ijabkabul dengan pasangan ku Ramzul bin Ramli yang dinikahkan oleh bapa ku sendiri...emm time tu bukan suami yang cemas, tp bapa ku yang kena ulang banyak kali coz dier terlampau gemuruh... sebanyak 3 kali lafaz oleh bapa dan sekali lafaz jawab oleh suami saya kini bergelar isteri.. saya selit kan sedikit gambar kenangan kami utk tantapan anda termasuk hari lansung pada 13/Jun/2010...


Gambar ini adalah lakonan semula kami kerana photographer yg ditugaskan ambil gambar kami terlewat sampai...

Gambar bersama suami di masjid dan keluarga sebelah kelantan

Sewaktu di make up kan...

 Ketibaan pengantin lelaki....


I nnt2 nak ambil gambar kat garden tp sayang beberapa hari b4 wedding demam so ari wedding tu takda mood nk posing.



Tuesday, October 19, 2010

i'm beginner

Salam Sume...

Huhu ini kali kedua saya try nak buat blog, iyalah bosan takda buat apa teringin gak nk jadi blogger. Banyak saya belajar dr member saya.Saya slalu mengikuti blog beliau..banyak info bole dpt..klu anda ada masa bole lah join blog beliau...http://ummi-ieraakmal.blogspot.com/...... Ok serba sedikit mengenali saya... cukup dengan memangil saya fifi...saya berkerja sendiri dan sudah berkahwin dengan Ramzul Bin Ramli. Kami blum dikurniakan cahaya mata lagi..mungkin belum rezeki. Nama Qaseh Citra adalah nama ilham dari suami untuk anak perempuan pertama kami namun baru 2 bulan saya kehilangan nya..jadi mungkin dimasa hadapan nama itu saya akan abadi kn pada ank yg lain..insyaAllah.