Thursday, January 27, 2011

Sodoku

       Sejak2menjak ni aku dah ketagih main sodoku...puncanya ialah time aku jaga mak kat sepital awal bulan january 2011.Tak tau nk buat apa dan kebosanan melampau so aku pi HOSPIMART dan beli lah sebuah buku sodoku,sebatang pencil n pemadam.Kali pertama aku main sampai nk terkoyak muka surat pertama...tulis padam je.sampai kan ada PPK tu tanya aku permainan tulis padam ke nie??Ialah aku lum dpt step dia lagi.Fussshhh...hasil keja kuat aku..setelah siap blok pertama,aku jd ketagih nak siap kan blok ke2 lak..n seterusnya.Dan skrg dah cam member baik aku ngan sodoku nie..mana2 pi mesti ada dlm beg.
So kat sini aku share skit sejarah n peraturan permainan ini tuk sesape yg baru nak cuba2 main sodoku nie.

             Sudoku (Bahasa Jepun: 数独, sūdoku), kadangkala dieja Su Doku, adalah permainan berdasarkan logik juga dikenali sebagai Number Place di Amerika Syarikat. Matlamat permainan kanonikal ini adalah untuk memasukkan suatu digit bernombor dari 1 ke 9 dalam satu sel grid 9X9 dengan subgrid 3X3 yang dipanggil 'kawasan' bermula dengan beberapa nombor 'diberi' dalam sesetengah sel lain. Setiap sel dan kawasan hanya boleh mempunyai satu kali sahaja suatu nombor digit dari 1 ke 9 sahaja. Menghabiskan permainan ini memerlukan kesabaran dan kemahiran berfikir secara logik. Walaupun ia mula diterbitkan pada tahun 1979, ia mula mendapat nama di Jepun pada tahun 1986 dan pada peringkat antarabangsa pada tahun 2005. Sebab mengapa popularitinya naik dengan begitu lambat masa yang diambil masih menjadi tanda tanya.

No comments:

Post a Comment