Friday, March 18, 2011

Isteri Curang??????????????

Ish......x baik betul title nie...tp itu lah yang kerap terjadi skrg nie...isteri "makan luar"..bkn makan kat gerai mkn tue..nie maksudnya isteri bersekedudukan ngan lelaki lain..kira macam anak ikan lah.....takut aku dengar nya.... tapi mengapa benda macam nie boleh terjadi??? salah suami ker??suami xda masa ker atau mereka x puas bersama suami sendiri atau trend skrg???Ya Allah moga ko lindungi aku dari segala perkara yang mendatangkan kemurkaan Mu...aku takut jugak kalau2 aku terikut2 kawan2 yang macam nie..iye lah bile bergaul kadang2 kiter x perasan yang sebelah kaki dah ikut rentak mereka...aku klu dapat tau aku cepat2 menjauhkan diri dari mereka coz takut terpengaruh..ada gak member yang jahat2 tanya xkan aku leh tahan duk jauh ngan suami lama2... tapi setakat ini Allah beri kekuatan luaran n dalaman tuk menangani fitnah2...pelawaan mereka dan segala hasutan nya....sesekali ada gak aku citer ngan mak...mak kata kiter lepas solat selalu doa moga dikuat kan iman..Iye lah syaitan nie selagi boleh nak menyesatkan umat manusia..macam2. Teringat aku kisah isteri soleh di zaman nabi.....
Kisah ini terjadi dizaman Nabi junjungan besar Muhammad SAW…suatu ketika bila mana nabi sedang menyampaikan kuliahnya di depan para sahabat radiaalllauanhum,dia telah mengakui ada seorang wanita yang telah di janjikan syurga oleh allah swt padanya….para sahabat terkejut dengan pengakuan tersebut….seraya bertanya kepada nabi siapakah wanita tersebut?lalu nabi memberitahu si fulan yang berdiam di hujung lereng bukit bersama suaminya yang pekerjaan suaminya hanyalah pencari kayu api di bukit-bukit.para sahabat bertanya kepada nabi apakah kelebihan yang ada pada wanita tersebut sehinggakan dia tergolong dariapada kalangan ahli syurga yang dijanjikan oleh allah swt….nabi tidak menjawab pertanyaan tersebut dan selepas daripada itu para sahabat tiidak berpuas hati dengan apa yang mereka dengari dan ingin melihat sendiri apakah amalan yang dilakukan oleh wanita tersebut sehinggakan dia tergolong daripada kalangan ahli syurga….lalu para sahabat pun pergilah mencari wanita tersebut berpandukan apa yang diberitahu oleh nabi saw kepada mereka.setelah menjumpai wanita tersebut maka mereka pun bertanya kepada wanita tersebut apakah amalannya setiap hari? Maka wanita tersebut menjawab “ pada awal pagi ku bangun dan ku sediakan keperluan suamiku serta keluarga,setibanya masa berangkatnya suamiku ke tempat kerja akan ku iringinya sampai ke muka pintu dan mencium tangannya…setelah pemergiannya ku menjaga maruahnya dan maruahku serta rumahku dengan sepenuh penjagaan,di tengah perjalanannya kuberdoa agar allah swt memeliharanya dalam mencari rezki yang halal buatku dan keluarga,apabila suamiku berada di tempat kerja ku cuba selami rasai bersama akan penat lelah suamiku mencari nafkah buatku dan anak2.Tiba waktu dia pulang kusambutnya bagaikan aku mula2 berkahwin dengannya,kusediakan segelas air buatnya dimuka pintu…ku layannya penuh dengan lemah lembut dan kasih sayang…apabila dia berasa letih akan aku tidurkannya dengan sebaiknya…apabila dia lapar akan ku berikan dia hidangan dan apa yang ia kehendaki daripadaku,kupenuhi permintaannya…. Begitlah sedikit dariapada amalan seharianku buat suamiku…. Dan kesimpulan nya sahabat2 nabi ambil dan menceritakan pada sekalian umat…khususnya para wanita dan hinggalah kehari ini perkara tersebut adalah salah satu ibadah yang perlu dilakukan oleh setiap isteri yang mempungai suami yang bertanggungjawab sepenuhnya keatasnya…

1 comment:

  1. Assalamualaikum Hafifi,

    Seronok baca kisah isteri yang solehah ni.

    ReplyDelete